Monday 25 April 2011

PENGHALANG @ PENDORONG

Lumrah kehidupan, setiap orang dikenalpasti sebagai insan yang bernyawa sudah tentu akan menghadapi dilema dalam kehidupan di dunia yang mereka pinjam atau dunia sebenar mereka. Begitulah nasib kebanyakan orang di dunia ini. DUIT....apakah kepentingannya sehingga ia mempengaruhi dunia kita? Apakah ia akan kekal sampai kita mati atau adakah ia hilang sebelum kita mati? Itulah manusia, masing-masing terasa tidak bermaya untuk hidup di dunia ini jika tiada duit. Mengapakah duit ini begitu penting? Seorang yang berada akan berkata,"aku akan beli dunia ini dengan duit aku yang begitu banyak ini". Namun dia tidak sedar, mungkin dia boleh membeli semua pelosok tempat di dunia ini tetapi dia tidak dapat membeli sekecil hati kuman pun perasaan orang lain. Diantara perasaan dan duit, manakah yang mendatangkan kebahagiaan kepada orang yang berada? ia masih menjadi tanda tanya, hanya orang berada sahaja yang tahu manakah yang paling penting dalam kehidupan mereka. Orang miskin berkata,"jikalau aku kaya maka akan ku tolong orang miskin di pelosok dunia ini". Jika orang miskin berkata demikian, adakah semuanya benar? Atau selepas dia melihat godaan dunia ini maka dia juga akan berfikir sama dengan orang berada? Jikalau kita manusia, jadi manakah satu kita? jika kita ingin mengejar kebaikan siapakah yang harus kita teladani? Jika kita mengejar keburukan sipakah yang kita teladani?-bersambung jika mendapat respon-